Skip to content
Artwork for MJ12 Gerun Malam

MJ12 Gerun Malam

Mediacorp

Ria’s most popular radio program is now on podcast! Listen to the most terrifying and spooky catch-up and original stories right here with MJ12 Gerun Malam!

The views and opinions shared during this podcast series are those of the hosts and guests and do not necessarily reflect the views of Mediacorp Pte. Ltd. or its group of companies.

Play
  • 67 episodes
  • Avg 55 min
  • Malay
Counted on this page — what you have heard stays on this device, so it is not something the list can be paged by.
  • S5 · E47
    Monday · 16 min

    MJ12 ORIGINAL EP47: TAKSUB DENGAN BOMOH

    Apabila kesihatan arwah ayahnya semakin merosot, keluarga Lo pada mulanya mendapatkan rawatan perubatan seperti biasa. Namun kerana terlalu percaya pada andaian bahawa sakit itu berpunca daripada gangguan, ayahnya mula mendapatkan rawatan daripada seorang perawat yang didakwa mampu mengenal pasti punca penyakit secara mistik. Keadaan semakin membimbangkan apabila rawatan tersebut berlarutan tanpa perubahan, sebelum akhirnya pemeriksaan di hospital mendedahkan keadaan jantung dan paru-paru arwah ayah yang sebenarnya sangat serius. See omnystudio.com/listener for privacy information.

  • S5 · E46
    September 23 · 13 min

    MJ12 ORIGINAL EP46: NAK TUTUP HIJAB

    Sejak kecil, Aman dikatakan mampu melihat sesuatu yang tidak mampu dilihat oleh orang lain. Pada mulanya dia menganggap apa yang dilihatnya itu perkara biasa — sehinggalah makhluk-makhluk tersebut mula mengganggu kehidupan dan kesihatannya. Daripada “tetamu” yang datang ketika kenduri, makhluk yang meminta air, hinggalah sesuatu yang dikatakan mengekori ahli keluarga pulang ke rumah, pengalaman Aman semakin sukar untuk dijelaskan. Keluarganya cuba mencari jalan untuk menutup hijab Aman, tetapi gangguan yang datang semakin kuat. Namun apabila Aman semakin dewasa, penglihatannya perlahan-lahan hilang. Persoalannya… adakah hijabnya benar-benar sudah tertutup, atau ada sesuatu yang memilih untuk tidak lagi menampakkan diri? See omnystudio.com/listener for privacy information.

  • S5 · E45
    September 21 · 15 min

    MJ12 ORIGINAL EP45: SIAPA DIA TOK ?

    Semuanya bermula ketika Asya berusia 12 tahun, selepas satu malam bermalam di rumah tok. Dalam keadaan separuh sedar, dia terlihat “acu” berdiri di muka pintu — tetapi apabila disuluh, tiada sesiapa di situ. Tidak lama kemudian, dia sekali lagi terlihat seorang lelaki berpakaian merah di hadapan pintu bilik, sebelum bayangan itu hilang tanpa jejak. Selepas malam tersebut, gangguan semakin menjadi-jadi. Asya mula melihat bayang-bayang, mengalami gangguan ketika tidur, jatuh sakit berpanjangan dan akhirnya tidak lagi mampu ke sekolah. Malah, beberapa kejadian pelik turut dialami oleh ibu dan bapanya. See omnystudio.com/listener for privacy information.

  • S5 · E44
    September 16 · 13 min

    MJ12 ORIGINAL EP44: LUCID DREAM

    Uyou menyangka dia sekadar bermimpi ketika tertidur selepas solat Zohor. Dalam mimpinya, dia sedar sepenuhnya bahawa dirinya sedang bermimpi, lalu menganggap segala yang berlaku tidak perlu ditakuti. Namun, semuanya berubah apabila dia memasuki sebuah sekolah lama yang dipenuhi kanak-kanak misteri. Apa yang pada awalnya terasa seperti mimpi biasa bertukar menjadi pengalaman yang terlalu nyata. Lengkap dengan rasa sakit, ketakutan dan satu pesan yang berulang: “Jangan lari.” Dan apabila Uyou akhirnya terjaga, sesuatu yang lebih mengejutkan menantinya di sisi katil. Adakah itu benar-benar lucid dream… ? See omnystudio.com/listener for privacy information.

  • S5 · E43
    September 15 · 17 min

    MJ12 ORIGINAL EP43: KHADAM HANTU

    Arkadia tinggal sendirian di sebuah kondo bersama kucing kesayangannya, Breta. Pada mulanya, dia hanya perasan perkara pelik seperti bau rumput selepas hujan dan barang-barang rumah yang tiba-tiba tersusun sendiri. Namun, keadaan berubah apabila makanan muncul tanpa dimasak dan satu malam, dia terlihat bayangan makhluk berambut panjang merangkak di atas siling. Apabila seorang yang arif tentang perkara mistik memberitahu bahawa makhluk itu mungkin sudah lama mengikutinya, dia mula menyiasat satu-satunya perkara pelik yang pernah masuk ke rumahnya—sebuah parcel barang bundle yang sudah lama tidak dibuka. Apa sebenarnya yang tersembunyi di dalam parcel itu? See omnystudio.com/listener for privacy information.

Showing 1–20 of 67 episodes